Wednesday, 27 March 2019

Tuesday, 19 March 2019

KACANG PANJANG RENEK





Ramai di antara kita yang berminat nak tanam pokok kacang panjang. Tetapi bagi yang mempunyai ruang yang terhad , niat tu terpendam aja sebab tak boleh nak buat pancang untuk pokok menjalar. Pokok kacang panjang adalah di dalam kategori pokok menjalar.

Dengan ada nya species yang baru, iaitu pokok kacang panjang renek pastinya impian untuk menanam pokok kacang panjang akan tercapai.

Saya sudah pun menanam nya dan mula mengutip hasil saperti di dalam gambar di atas.

Anda boleh membeli benih nya di dalam  facebook. Cuba search "benih kacang panjang renek". Pasti anda akan jumpa si penjual nya.

Cubalah.....

Wednesday, 12 December 2018

Saturday, 8 December 2018

Sunday, 25 November 2018

KOLEKSI BUNGA PELIHARAAN

Dah lama saya tak update blog ni sebab sebuk dengan berpindah ke tempat baru. Dari teres ke kediaman yang ada kawasan . Boleh lah untuk bercucuk tanam lebih sikit... Itu impian saya.

So banyak dah pokok pokok yg dah matang di buang  supaya memudahkan proses pindah saya.

But pokok pokok bunga madam tak bagi buang .. nak juga di bawa sebab tengah berbunga.

Nak tengok bunga bunga madam ke... boleh lihat di link di bawah :-

https://theagrohomegallery.blogspot.com/search/label/Pokok%20Bunga

Monday, 20 August 2018

BUNGA RAYA PUTIH - warna yang rare


Pastinya kita akan rasa gembira dan enjoyful bila tanaman yang kita semai dan pupuk dari anak  menjadi dengan baik  dimana putik putik bunga mula memekar sedikit demi sedikit yang akhir nya menjadi rimbunan bunga.

Apatah lagi dengan warna yang rare saperti bunga raya putih ini.. terasa tenang , bersih dan damai tanp kerlipan mata  melihatnya apatah lagi di saat video ini di ambil angin bertiup sepoi sepoi bahasa ,kelopak bergoyang dengan manja nya.

Ingin tau  bagaimana saya  memelihara pokok ini ?

Meh saya kongsikan sistem penjagaan nya :-

Media yang saya gunakan ialah   90% cocopeat di campurkan dengan 10% perlite.

Saya gunakan sungkupan  sabut kasar sebagai penebat haba dan tapisan air limpahan siraman atau hujan.

Pembajaan media dan makanan akar ialah dengan siraman baja AB  . Saya gunakan  jenama TWIN FERTILIZER ( jenis  daun dan  bunga)  . Ada dua jenis baja Ab yang saya selang selikan.

Bagai pembajaan batang, dahan dan daun serta putik bunga, saya semburkan dengan rangkaian produk organik SRI  iaitu   SRI ANAK,,, SRI BUNGA DAN XTRA AMINO.

Anda boleh lihat gambar baja baja tersebut di menu 'PEMBAJAAN'  di atas.

Ingin kan pokok yang sihat dan bunga yang cantik.. kena lah modal sikit .. Hasil nya pasti memuaskan....



Tuesday, 14 August 2018

KESAN PEMBAJAAN YG BETUL TERHADAP POKOK KESUM



Bagaimana pokok kesum boleh membiak dan membesar dengan baik....  Saya kongsikan  di bawah apa yang saya buat dengan nya :-

1. Isi dalam baldi rendah air baja AB... di sini saya gunakan brand  TWIN FERTILIZER khusus untuk perkembangan daun/sayur.

2. Kemudian saya letak polybag pokok kesum kedalam baldi.... Jangan risau jika air baja tertumpah sebab  most of the water dah masuk pun  dalam polybag itu.

3. Saya gunakan cocopeat 100% . jadi nya saya hanya guna baja AB sahaja  sebagai baja media.

4. Sebagai semburan saya gunakan foliar jenama Sri.. Di sini saya gunakan foliar SRI ANAK   dengan semburan  2 kali seminggu.

Dah siap pun.... Monitor level air dalam baldi tersebut.. Di musim panas dengan suhu yang agak tinggi. kekerapan menambah air baja dalam baldi  meningkat.  Jangan di biarkan kering... daun pasti menjadi layu.

Nak tengok produk yang saya gunakan.... Lihat di bawah:-


SRI ANAK


TWIN FERTILIZER