Pastinya kita akan rasa gembira dan enjoyful bila tanaman yang kita semai dan pupuk dari anak menjadi dengan baik dimana putik putik bunga mula memekar sedikit demi sedikit yang akhir nya menjadi rimbunan bunga.
Apatah lagi dengan warna yang rare saperti bunga raya putih ini.. terasa tenang , bersih dan damai tanp kerlipan mata melihatnya apatah lagi di saat video ini di ambil angin bertiup sepoi sepoi bahasa ,kelopak bergoyang dengan manja nya.
Ingin tau bagaimana saya memelihara pokok ini ?
Meh saya kongsikan sistem penjagaan nya :-
Media yang saya gunakan ialah 90% cocopeat di campurkan dengan 10% perlite.
Saya gunakan sungkupan sabut kasar sebagai penebat haba dan tapisan air limpahan siraman atau hujan.
Pembajaan media dan makanan akar ialah dengan siraman baja AB . Saya gunakan jenama TWIN FERTILIZER ( jenis daun dan bunga) . Ada dua jenis baja Ab yang saya selang selikan.
Bagai pembajaan batang, dahan dan daun serta putik bunga, saya semburkan dengan rangkaian produk organik SRI iaitu SRI ANAK,,, SRI BUNGA DAN XTRA AMINO.
Anda boleh lihat gambar baja baja tersebut di menu 'PEMBAJAAN' di atas.
Ingin kan pokok yang sihat dan bunga yang cantik.. kena lah modal sikit .. Hasil nya pasti memuaskan....
0 comments:
Post a Comment