Monday, 25 July 2016
Salam sejahtera,
Setelah menyepi buat seketika selepas batch pertama mengusahakan tanaman cendawan tiram , maka dengan hati yang cekal saya mencuba batch kedua dengan membeli 50 biji bongkah dari pembekal / pengeluar yang berlainan.
Batch yang pertama mengalami kerosakan hampir 90% akibat pelbagai faktor yang dapat di kenalpasti. Tapi faktor yang penting sekali ialah kelembapan. Ya. suhu kelembapan kena sentiasa maintain.
Nak buat macammana tu? Saya masih mencuba pelbagai cara dan menceduk pelbagai informasi dari pakcik google.
Nah.... batch kedua... saya sudah ready dan tawakal. Usaha dan doa mengiring kejayaan saya dalam bidang pertanian ini.
Kan pertanian itu satu perniagaan...
Wednesday, 27 January 2016
Ini adalah tanaman cendawan tiram. Berusia kira kira 6 hari selepas mendapat bongkah dari pembekal. Projek pertama dalam menceburkan diri dalam bidang tanaman berunsurkan komersial.
Cendawan tiram atau cendawan
tiram pokok merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan dan kebanyakannya
ditanam di Asia sejak dahulu kala dan kini ia ditanam secara komersial di
seluruh dunia sebagai makanan. Cendawan ini mempunyai persamaan dengan kulat
Pleurotus eryngii. Cendawan tiram juga digunakan dalam industri bagi tujuan
mycoremediation. Cendawan tiram sering digunakan dalam masakan China dan Jepun
sebagai makanan istimewa dan sedap dimakan bersama kicap.(kutipan dari wikipedia)
Monday, 25 January 2016
Sayur pak choy ini dalam bahasa inggeris di kenali sebagai chinese cabbage ( menurut wikipedia). Ada yang menggelarnya sebagai sawi putih. Pak choy ini adalah di dalam kelompok sawi juga. Mungkin juga kita terdengar ada yang memanggil nya bak choy . Takpelah .. ianya tetap sama.
Rasa pak choy ni memang pahit sedikit. Kalau masak di rumah, jarang anak anak nak menjamah nya. Pak choy ni ada khasiatnya. Setelah mengoogle akan carian khasiatnya , daripada beberapa artikel yang saya baca, dapat di rumuskan bahawa pak choy ini berupaya :- mempunyai sifat anti kanser , kandungan besi, fosfor, magnesium dan vitamin k mampu memelihara kekuatan tulang. Calcium, calium dan magnesium yang terdapat di dalam sayur pak choy mampu menurunkan tekanan darah.
Ada banyak lagi khasiat yang terkandung di dalam pak choy ini. Kalau nak anak anak kita makan sayur yang agak pahit ini , kita kena pandai mengolah cara masakan nya .
Jom tanam PAK CHOY.