Selalunya saya akan memetik buah kari untuk di jadikan benih semaian pokok kari.. Buah nya yang sudah menjadi saperti warna anggur sangat sesuai untuk di jadikan benih.. Lihat di bawah bagaimana semaian pokok kari dari benih menjadi :-
Ada satu lagi pokok induk yang saya tidak memetik buah nya sebagai benih dan saya biarkan sehinggalah ia nya berbunga sapeti di atas... Cantik kan... saperti pohon di musim bunga....
Ini adalah anak anak roselle yang sedang menjalani proses stress . Saya berpendapat ia nya perlu untuk menguatkan sistem daya ketahanan dari akar sampai ke pucuk dalam waktu yg sangat panas atau sangat sejuk.
Setelah beberapa hari di biarkan di panas terik nampak nya ia mampu bertahan tanpa kelayuan.
Ramai di antara kita yang berminat nak tanam pokok kacang panjang. Tetapi bagi yang mempunyai ruang yang terhad , niat tu terpendam aja sebab tak boleh nak buat pancang untuk pokok menjalar. Pokok kacang panjang adalah di dalam kategori pokok menjalar.
Dengan ada nya species yang baru, iaitu pokok kacang panjang renek pastinya impian untuk menanam pokok kacang panjang akan tercapai.
Saya sudah pun menanam nya dan mula mengutip hasil saperti di dalam gambar di atas.
Anda boleh membeli benih nya di dalam facebook. Cuba search "benih kacang panjang renek". Pasti anda akan jumpa si penjual nya.
Dah lama saya tak update blog ni sebab sebuk dengan berpindah ke tempat baru. Dari teres ke kediaman yang ada kawasan . Boleh lah untuk bercucuk tanam lebih sikit... Itu impian saya.
So banyak dah pokok pokok yg dah matang di buang supaya memudahkan proses pindah saya.
But pokok pokok bunga madam tak bagi buang .. nak juga di bawa sebab tengah berbunga.
Nak tengok bunga bunga madam ke... boleh lihat di link di bawah :-
Pastinya kita akan rasa gembira dan enjoyful bila tanaman yang kita semai dan pupuk dari anak menjadi dengan baik dimana putik putik bunga mula memekar sedikit demi sedikit yang akhir nya menjadi rimbunan bunga.
Apatah lagi dengan warna yang rare saperti bunga raya putih ini.. terasa tenang , bersih dan damai tanp kerlipan mata melihatnya apatah lagi di saat video ini di ambil angin bertiup sepoi sepoi bahasa ,kelopak bergoyang dengan manja nya.
Ingin tau bagaimana saya memelihara pokok ini ?
Meh saya kongsikan sistem penjagaan nya :-
Media yang saya gunakan ialah 90% cocopeat di campurkan dengan 10% perlite.
Saya gunakan sungkupan sabut kasar sebagai penebat haba dan tapisan air limpahan siraman atau hujan.
Pembajaan media dan makanan akar ialah dengan siraman baja AB . Saya gunakan jenama TWIN FERTILIZER ( jenis daun dan bunga) . Ada dua jenis baja Ab yang saya selang selikan.
Bagai pembajaan batang, dahan dan daun serta putik bunga, saya semburkan dengan rangkaian produk organik SRI iaitu SRI ANAK,,, SRI BUNGA DAN XTRA AMINO.
Anda boleh lihat gambar baja baja tersebut di menu 'PEMBAJAAN' di atas.
Ingin kan pokok yang sihat dan bunga yang cantik.. kena lah modal sikit .. Hasil nya pasti memuaskan....