Monday, 25 July 2016

CENDAWAN TIRAM - BATCH KEDUA

Salam sejahtera,

Setelah menyepi buat seketika  selepas batch pertama mengusahakan tanaman cendawan tiram , maka dengan hati yang cekal saya  mencuba batch kedua dengan membeli 50 biji bongkah  dari pembekal / pengeluar yang berlainan.


Batch yang pertama mengalami kerosakan hampir 90% akibat pelbagai faktor yang  dapat di kenalpasti.  Tapi faktor yang penting sekali ialah  kelembapan. Ya. suhu kelembapan kena sentiasa maintain. 

Nak buat macammana tu? Saya masih mencuba pelbagai cara dan menceduk pelbagai informasi dari pakcik google.

Nah.... batch kedua... saya sudah ready dan  tawakal.  Usaha dan doa mengiring kejayaan saya dalam bidang pertanian ini.   

Kan pertanian itu satu perniagaan...

Thursday, 28 January 2016

Wednesday, 27 January 2016

Cendawan Tiram - Tanaman Bercirikan Commercial


Ini adalah tanaman cendawan tiram. Berusia kira kira 6 hari selepas mendapat bongkah dari pembekal. Projek pertama  dalam menceburkan diri dalam bidang tanaman berunsurkan komersial. 


Cendawan tiram atau cendawan tiram pokok merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan dan kebanyakannya ditanam di Asia sejak dahulu kala dan kini ia ditanam secara komersial di seluruh dunia sebagai makanan. Cendawan ini mempunyai persamaan dengan kulat Pleurotus eryngii. Cendawan tiram juga digunakan dalam industri bagi tujuan mycoremediation. Cendawan tiram sering digunakan dalam masakan China dan Jepun sebagai makanan istimewa dan sedap dimakan bersama kicap.(kutipan dari wikipedia)

Monday, 25 January 2016

Pak Choy


Sayur pak choy ini dalam bahasa inggeris  di kenali sebagai chinese cabbage ( menurut wikipedia). Ada yang menggelarnya  sebagai sawi putih.  Pak choy ini adalah di dalam kelompok sawi juga. Mungkin juga kita terdengar ada yang memanggil nya bak choy . Takpelah .. ianya tetap sama.

Rasa pak choy ni memang pahit sedikit. Kalau masak di rumah, jarang anak anak nak menjamah nya. Pak choy ni ada khasiatnya. Setelah mengoogle akan carian khasiatnya , daripada beberapa artikel yang saya baca, dapat di rumuskan bahawa pak choy ini berupaya  :-  mempunyai sifat anti kanser , kandungan  besi, fosfor, magnesium dan vitamin k mampu  memelihara kekuatan tulang.  Calcium, calium dan magnesium yang terdapat di dalam sayur pak choy mampu menurunkan tekanan darah.

Ada banyak lagi khasiat yang terkandung di dalam pak choy ini. Kalau nak anak anak kita makan sayur yang agak pahit ini , kita kena pandai mengolah cara masakan nya .

Jom tanam PAK CHOY.






Sunday, 24 January 2016

Daun Kucai


Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus.

Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum.

Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi. Daun kucai juga mengandungi vitamin-vitamin yg sangat tinggi dan berfungsi utk menambah selera makan.


Jom tanam kucai….