Monday, 26 March 2018

CEREWETNYA TANAM POKOK KESUM NI


Dah berkali kali tanam pokok kesum.. Beli di nursery merimbun cantik. Bawa balik  beberap hari kemudian daun menguning.. pelbagai media di gunakan pun tak menjadi.

Percubaan akhir.. kalau tak jadi.. malas lah nak tanam .. beli aja di pasar.. guna pun sikit aja.

Tapi . nah tu dia .. merimbun dengan daun yang melebar.. Saya guna apa ?.....

BALDIPONIC.

Apa tu.. mudah jer.. letak polybag tu dalam baldi yang rendah .. cukup untuk polybag duduk.. tak sampai ke base baldi tu.

Siram air baja AB dari atas sampai air tu keluar dari lubang bawah  dan terus siram sehingga nampak air melimpah dari baldi.  Ha biarkan aja... topup bila  level air dan renggang dari base polybag.

Jom.. cuba lah..

Sunday, 11 March 2018

Saturday, 10 March 2018

Wednesday, 7 March 2018

Tuesday, 6 February 2018

Sunday, 4 February 2018

MENANGANI DAUN SAWI BERMASAALAH


Kalau di lihat beberapa helai daun sawi di bahagian tengah berwarna kekuningan... Baja yang saya gunakan ialah baja AB.

Saya telah mendapatkan nasihat dari yang mahir dalam pembajaan AB ini.


Beliau menyuruh saya  menaikkan ratio/nisbah baja B.


Jadi nya ratio yang baru  bagi memperbaiki mutu daun yg kekuningan itu ialah


10ml A + 12ml B di gaulkan di dalam 1.5 liter air.


Dari tips tersebut saya merumuskan bahawa tumbuhan ini kekurangan TE ( trace element) yang terkandung di dalam baja B.


Harap ianya menjadi....

Tuesday, 22 August 2017