Monday, 6 May 2019
Tuesday, 23 April 2019
Saturday, 6 April 2019
Selalunya saya akan memetik buah kari untuk di jadikan benih semaian pokok kari.. Buah nya yang sudah menjadi saperti warna anggur sangat sesuai untuk di jadikan benih.. Lihat di bawah bagaimana semaian pokok kari dari benih menjadi :-
Ada satu lagi pokok induk yang saya tidak memetik buah nya sebagai benih dan saya biarkan sehinggalah ia nya berbunga sapeti di atas... Cantik kan... saperti pohon di musim bunga....
Wednesday, 27 March 2019
Ini adalah anak anak roselle yang sedang menjalani proses stress . Saya berpendapat ia nya perlu untuk menguatkan sistem daya ketahanan dari akar sampai ke pucuk dalam waktu yg sangat panas atau sangat sejuk.
Setelah beberapa hari di biarkan di panas terik nampak nya ia mampu bertahan tanpa kelayuan.
Tuesday, 19 March 2019
Ramai di antara kita yang berminat nak tanam pokok kacang panjang. Tetapi bagi yang mempunyai ruang yang terhad , niat tu terpendam aja sebab tak boleh nak buat pancang untuk pokok menjalar. Pokok kacang panjang adalah di dalam kategori pokok menjalar.
Dengan ada nya species yang baru, iaitu pokok kacang panjang renek pastinya impian untuk menanam pokok kacang panjang akan tercapai.
Saya sudah pun menanam nya dan mula mengutip hasil saperti di dalam gambar di atas.
Anda boleh membeli benih nya di dalam facebook. Cuba search "benih kacang panjang renek". Pasti anda akan jumpa si penjual nya.
Cubalah.....