Friday, 17 December 2021

5 Jenis Baka Kambing Yang Perlu Anda Tahu!

 

panduan ternak kambing

Maklumat ini sangat PENTING untuk difahami sebelum anda memulakan sebarang projek ternakan kambing kerana ia mampu menguntungkan anda!

Ada yang menyangka perkara penting untuk berjaya dalam penternakan kambing ialah mempunyai tanah yang luas serta mempunyai kandang kambing yang selesa.. Mereka sanggup berhabis modal untuk membeli atau menyewa tanah dan membina kandang yang dimahukan..

Ia satu tindakan yang agak kurang berbaloi kerana menghabiskan modal untuk ladang ternakan sahaja akan menyebabkan projek ternakan anda tidak berjaya!

Ini kerana ada yang lagi penting dari itu.. Kalau ianya tiada, maknanya tiada maknalah projek ternakan kambing anda..

Ia adalah KAMBING!

Ya, kalau tiada kambing yang hendak diternak kerana kekurangan modal, anda cuma akan menternak lalang di tanah ladang tersebut..  

Untuk menjadi seorang penternak kambing yang berjaya, kita perlu tahu memilih baka kambing yang sesuai untuk diternak - sesuai dengan projek penternakan kambing yang telah dirancangkan..

Dengan memilih baka kambing yang benar-benar terbaik untuk projek kita, sudah tentu kita mampu menjana keuntungan pada masa depan!

Berikut antara 5 jenis baka kambing yang sangat berbaloi untuk projek ternakan kambing anda..

 

kambing katjang

#1 - Katjang (Jenis Pedaging)

- Punyai tahap kesuburan yang tinggi (satu kelahiran hasilkan hingga 4 ekor anak)

- Sangat mudah dijaga & mampu sesuaikan diri dengan persekitaran.

- Kualiti daging yang sangat tinggi

kambing jamnapari

 

#2 - Jamnapari (Jenis Penusu)

 - Ia juga dikenali sebagai kambing Ettawa

- Sesuai diternak untuk dapatkan susu dan daging

- Punyai tahap kesuburan tinggi (satu kelahiran boleh lahirkan hingga 3 ekor)

 

kambing boer

#3 - Boer (Jenis Pedaging)

 - Antara kambing pedaging terbaik di dunia

- Daging kambing baka ini sangat enak dan mempunyai permintaan yang tinggi

- Berat kambing boleh capai hingga 45 kg walaupun pada usia 5-6 bulan

 

kambing anglo nubian

#4 - Anglo Nubian (Jenis Pedaging & Penusu)

- Jenis kambing yang paling sesuai untuk hasilkan susu dan daging

- Mampu hasilkan susu sehingga 2 liter sehari

- Punyai tahap kesuburan yang tinggi dan tahan lasak

kambing sanen

 

#5 - Saneen (Jenis Penusu)

- Boleh menghasilkan kuantiti susu yang banyak

- Mampu hasilkan 3-4 liter setiap hari katika tempoh penyusuan

- Kebanyakannya melahirkan anak kembar dua.

 

Pemilihan baka yang sesuai bergantung kepada tujuan projek ternakan anda, jenis keturunan & baka kambing serta penilaian berdasarkan kepada kaedah rekod dan fizikal kambing berkenaan.

Jika anda menternak hanya kerana suka-suka, lebih eloklah anda mendapatkan baka kambing tempatan sahaja. Tapi jika anda memang nak jadikan projek penternakan kambing ini satu kerjaya maka anda PERLULAH bijak memilih baka mengikut modal anda.

Nak belajar lebih lanjut tentang penternakan kambing dari zero?

Klik link di bawah untuk mengetahuinya:

KLIK SINI

Thursday, 16 December 2021

BERAPAKAH MODAL PERMULAAN UNTUK TERNAK KAMBING

PANDUAN TERNAK KAMBING

 

Berapa Modal Untuk Ternak Kambing?


Soalan paling popular yang biasa kita dengar tentang penternakan kambing ini ialah:

 "Agaknya berapakah jumlah modal dan kos yang diperlukan untuk memulakan projek ternakan kambing?"

Ya, permintaan terhadap daging kambing serta susu kambing sangat tinggi dari semasa ke semasa sehinggakan negara kita terpaksa mengimport lebih 12,000 ekor kambing 2 tahun lepas dari negara luar terutamanya pada musim perayaan..

Dengan permintaan yang sangat tinggi dan meningkat pada setiap tahun ini, membuatkan lebih ramai orang memilih untuk terjun ke bidang pertenakan kambing..

Bayangkan jika anda mempunyai ladang ternakan kambing yang luas, dipenuhi dengan kambing-kambing yang sihat dan 3G (gemuk, gebu, gempal).. Sudah pastinya anda mampu menjana keuntungan yang lumayan daripada hasil projek ternakan ini!

Tapi untuk memulakan projek ternakan kambing ini sangat memerlukan MODAL yang mencukupi mengikut skala ataupun matlamat projek penternakan anda..

Jika anda melakukan secara suka-suka, anda boleh memulakan projek ternakan ini secara kecil-kecilan sahaja dengan modal yang minimum..

TAPI jika anda benar-benar mahu jadikan projek ini sebagai satu kerjaya, anda perlu keluarkan modal yang lebih besar untuk pastikan ianya berjalan lancar..

Berikut antara 7 pecahan kos yang diperlukan untuk memulakan projek ternakan kambing:

#1 - Kos membeli atau menyewa tanah untuk membangunkan ladang ternakan

#2 - Kos membina kandang kambing (Kos minimum hanya RM2000)

#3 - Kos menanam rumput Napier di ladang sebagai makanan kambing.

#4 - Kos membeli makanan tambahan atau pallet untuk ternakan kambing.

#5 - Kos membeli baka kambing ternakan (harga dari RM600 hingga RM1500 bergantung kepada jenis baka dan usia)

#6 - Kos membeli ubat-ubatan seperti ubat luka luaran, ubat luka berulat, antibiotik, ubat penyakit kutu, kurap dan kecacingan

#7 - Kos membayar pekerja, bil utiliti dan lain-lain bil tambahan


Jika anda sudah ada tanah sendiri dan mahu memulakannya secara kecil-kecilan, modal yang diperlukan adalah sekitar RM5000 hingga RM10,000 bergantung kepada keperluan projek ternakan kambing anda.

Maka jumlah minimum yang perlukan ialah sebanyak RM5000 (jika anda melakukannya secara kecil-kecilan).. Anda boleh mulakannya dengan membela 2 ekor kambing (sepasang jantan dan betina) dulu untuk permulaan dengan modal yang terhad..

Jika anda betul-betul serius untuk memulakan projek ternakan kambing berskala besar dan memerlukan modal yang banyak, anda boleh cuba untuk memohon pinjaman bank dengan syarat anda mempunyai perancangan yang jelas & kertas kerja yang detail mengenai projek anda.

DAN paling penting anda perlukan ILMU & LATIHAN tentang ternakan kambing. InsyaAllah, anda pasti mampu berjaya dalam projek penternakan kambing anda jika anda mempunyai ilmu serta pengalaman cara sebenar menguruskan ternakan kambing..

 

Klik link berikut jika anda mahu belajar lebih lanjut tentang penternakan kambing:








Sunday, 10 October 2021

BERMINAT NAK TERNAK IKAN TILAPIA - INI YANG ANDA PERLU TAHU

 

PANDUAN TERNAK IKAN TILAPIA

Berminat  Nak Mulakan Projek Penternakan Ikan Tilapia  - Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Inilah 5 Persediaan PENTING Yang Anda Perlu Ada Sebelum Terjun Ke Bidang Penternakan Agar Projek Anda Mampu Berjalan Lebih Lancar & Menguntungkan Anda!

Ada orang cakap, nak pastikan sesebuah projek penternakan terutamanya penternakan ikan tilapia ini berjaya, anda perlukan modal yang sangat besar untuk pastikan segalanya berjalan lancar..

Ada orang cakap.. Nak cepat berjaya dalam penternakan ikan tilapia ini anda perlu membina sebuah kolam ternakan ikan yang besar, yang mampu menternak beratus ribu benih ikan tilapia yang berkualiti sekaligus..

Ada orang cakap.. Nak lagi berjaya, anda perlu mengeluarkan modal untuk menggaji para pekerja yang benar-benar terlatih dan komited bagi menguruskan segala kerja-kerja anda di kolam penternakan dengan lebih mudah dan pantas..

Ya, semua itu agak penting untuk memastikan projek ternakan ikan tilapia anda berjaya.. Namun ada perkara yang lebih PENTING daripada memiliki modal yang banyak, kolam yang besar & canggih serta para pekerja yang komited.. Tanpanya, projek penternakan anda pasti tidak mampu berjalan seperti yang anda mahukan..

 Perkara penting ini ialah... PERSEDIAAN!

Sebelum memulakan sesebuah projek, anda perlulah mempunyai persediaan dari segi mental dan fizikal untuk memastikan semua kerja-kerja penternakan anda berjalan lancar.. Malah anda perlukan perancangan yang rapi agar projek ini kekal berada pada landasannya.. Bak kata pepatah, "Gagal Merancang, Anda Merancang Untuk Gagal.."

Ini antara 5 persediaan PENTING yang perlu anda persiapkan sebelum memulakan sebarang projek ternakan ikan tilapia..

 #1 - Persediaan Mental & Fizikal

Untuk memulakan projek penternakan ikan tilapia ini, banyak masa & tenaga diperlukan bagi memastikan semuanya berjalan lancar.. Pastikan fikiran anda sentiasa positif dan pastikan juga tahap kesihatan anda berada dalam keadaan terbaik..

 #2 - Persediaan Perancangan Projek Yang Jelas

Jika anda tidak mempunyai perancangan yang jelas, projek anda mungkin akan tersadai dan hilang arah di tengah jalan.. Sangat penting untuk anda mempunyai visi yang jelas yang mahu dicapai daripada projek ternakan ikan tilapia ini..

 #3 - Persediaan Ilmu Penting

Ilmu tentang penternakan ikan tilapia sangat penting untuk anda pelajari kerana tanpanya anda tidak tahu bagaimana caranya untuk menternak ikan tersebut dengan lebih berkesan.. Ia dapat mengelakkan risiko kerugian & mampu menyelamatkan banyak wang anda pada masa depan..

#4 - Persediaan Modal

Mempunyai modal yang mencukupi sangat penting untuk memulakan sesebuah projek ternakan.. Tanpa modal, anda tidak mampu membeli kelengkapan yang diperlukan bagi memulakan projek ini.. Pastikan anda mencatatkan segala perbelanjaan keluar masuk modal anda.. Jika tiada modal, anda boleh membuat pinjaman sama ada dengan saudara mara atau dengan bank..

#5 - Persediaan Jaringan Komuniti

Salah satu cara terbaik untuk kekal bermotivasi dalam projek penternakan ikan tilapia ini adalah dengan membina jaringan persahabatan - terutamanya dengan penternak-penternak lain yang lebih berpengalaman.. Ia mampu mengurangkan risiko kegagalan mahupun kerugian anda dalam menjalankan projek ternakan ini.. 

Segala persediaan ini sangatlah penting DAN dapat menentukan masa depan projek ternakan ikan Tilapia anda.. Dengan persediaan mental dan fizikal, perancangan yang mantap, modal yang mencukupi SERTA memiliki ilmu sebenar mengenai penternakan ikan tilapia, ia mampu mengelakkan anda daripada terpaksa tanggung kerugian besar pada masa depan..

Ilmu-ilmu berkenaan dengan jenis ikan tilapia, kolam yang sesuai, makanan terbaik untuk ternakan ikan anda dan cara pengurusannya adalah sangat penting untuk anda.. Tanpanya projek anda pastinya tidak ke mana-mana.. Amatlah penting untuk anda mempunyai ilmu di dada yang mencukupi sebelum memulakan projek ternakan yang berisiko ini..

"Mana Nak Belajar Ilmu Berkenaan Dengan Penternakan Ikan Tilapia Ini?"

Jika anda mempunyai masa yang banyak, anda digalakkan untuk hadiri sendiri kursus-kursus penternakan ikan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan seperti Lembaga Perikanan Malaysia dan sebagainya.. Malah ada juga para penternak berjaya yang turut menganjurkan kursus penternakan ikan tilapia secara berdepan di kolam-kolam ternakan mereka..

Tapi jika anda tidak mempunyai banyak masa untuk hadiri kursus, anda boleh mempelajarinya sendiri daripada ebook yang bertajuk "Panduan Memulakan Projek Ternakan Ikan Tilapia"..

Antara ilmu yang bakal anda pelajari daripada ebook ini ialah..

- Potensi SEBENAR projek penternakan ikan Tilapia

- Jenis-jenis Ikan Tilapia dan cara penjagaan yang SESUAI

- 4 jenis kolam ikan tilapia berserta kelengkapan PENTING serta cara pembinaannya

- Cara TERBAIK memilih benih ikan tilapia yang menguntungkan projek ternakan anda

- Jenis-jenis makanan ikan beserta kaedah pemberian makanan yang BETUL

- Cara TERBAIK menghasilkan makanan ikan Tilapia sendiri

- Jenis-jenis Penyakit Ikan SERTA Cara Rawatannya

- Cara TERBAIK untuk menjual ikan Tilapia anda

- Kesilapan KRONIK serta Risiko Penternakan Ikan yang perlu anda elakkan

- Rujukan lengkap organisasi yang mampu membantu projek berjalan lebih lancar

- Dan banyak lagi ilmu berkenaan dengan penternakan Ikan Tilapia ini!

Dalam projek penternakan yang berisiko seperti ini, anda boleh memilih untuk mulakan projek anda sendiri tanpa sebarang ilmu dan belajar daripada pengalaman dan kerugian yang bakal anda hadapi nanti ATAU anda mampu memulakan projek ternakan anda dengan langkah kanan - yang mampu minimumkan kerugian anda dengan mempelajarinya daripada pakar sebenar..

Dengan ebook "Panduan Ternak Ikan Tilapia" ini, anda didedahkan dari A-Z ilmu berkenaan dengan cara memulakan serta menguruskan projek ternakan ikan tilapia anda dengan lebih lancar dan mampu meminimumkan kegagalan serta kerugian yang anda hadapi nanti.. Inilah solusi terbaik untuk membantu anda jadi penternak ikan tilapia yang berjaya!

Jom pelajari ilmu SEBENAR bagi memulakan projek ternakan ikan Tilapia dengan lebih berjaya sekarang juga di:


Monday, 27 September 2021

5 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU TERNAK KAMBING

 

Rahsia Kambing

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Ternak Kambing!

Ada orang cakap dalam bidang penternakan ini - ternak ayam lagi untung sebab dapat daging ayam dan telur ayam sekali.. 2 dalam 1..

 

Ada orang cakap - ternak lembu lagi untung kerana sentiasa ada permintaan dalam dan luar negara terutamanya menjelang hari raya AidilAdha..

 

Tapi tak ramai yang tahu projek ternakan kambing juga sangat menguntungkan DAN mampu memberikan pendapatan sampingan bulanan yang lumayan jika anda benar-benar serius melakukannya..

 

Malahan, daging kambing mendapat permintaan yang sangat tinggi di dalam negara sehinggakan terpaksa mengimport 12,000 ekor kambing dari luar negara untuk memenuhi permintaan yang terus meningkat ini..

 

Amatlah rugi jika anda masih tidak mahu memulakan projek ternakan kambing yang telah anda impikan selama ini kerana ternakan ini terbukti menguntungkan!

 

Berikut antara 5 sebab lain mengapa projek penternakan kambing sangat menguntungkan anda..

 

#1 - Ternakan Yang Jinak, Manja & Mudah Dijaga

 

Kambing antara ternakan yang jinak dan paling mudah dijaga serta kurang diserang penyakit berbanding dengan ternakan ayam atau burung.

 

 

#2 - Boleh Dimulakan Dengan Modal Yang Kecil

 

Anda boleh mula menternak dengan 2 ekor kambing terlebih dahulu sebelum dikembangkan lagi. Kebanyakan penternak berjaya mulakan penternakan dengan jumlah kambing bawah 10 ekor.

 

 

#3 - Tidak Perlukan Kawasan Ternakan Yang Luas

 

Berbeza seperti lembu yang perlukan kawasan yang luas, ternakan kambing hanya memerlukan kandang yang bersesuaian sahaja.

 

#4 - Kos Makanan Murah

 

Kambing hanya makan rumput-rumput dan pelbagai daun-daun sahaja. Kos makanannya lebih rendah daripada ternakan ikan atau ayam.

 

#5 - Kadar Pembiakan Berganda

 

Seekor ibu kambing boleh lahirkan 1.5 anak setiap tahun dan mempunyai kadar kelahiran kembar yang tinggi sebanyak 50%!

 

Inilah sebabnya anda dapat melihat ramai penternak kambing sentiasa tidak lekang mengukir senyuman di bibir mereka kerana projek ternakan kambing ini sangat menguntungkan - malah boleh dimulakan secara kecil-kecilan mengikut modal anda!

 

Anda sudah bersedia untuk memulakan projek penternakan kambing yang lumayan ini?

 

Klik link di bawah untuk mengetahui lebih lanjut cara sebenar penternakan kambing :-